Tuesday, March 8, 2016

KEHIDUPAN BARU

Assalamualaikum...

Sesekali membersihkan sawang di blog sendiri...
alhamdulillah..update tentang anak anugerah yang sudah aku terima, Tuhan kurniakan dia untuk aku. Inshaallah akan aku jaga sepenuh jiwa dan raga. Akan aku didik sebaik mungkin. TIARA MAREESA nama diberi.. hehe nama ala-ala artis deme ni kata. hurmmm aku suka nama unik seperti TIARA... Mareesa tu lembut sebutannya. sekarang usia nya 2 bulan 21 hari.. dah pandai senyum dan mengagah..berat pun dah naik kepada 5 kg. semalam cucuk 2 bulan. mengaum jugakla dia..ini aku belanja gambar anak aku..jeng jeng





Tuesday, November 17, 2015

ANAK ITU ANUGERAH

Memandangkan perjalanan TTC terpaksa di berhentikan kerana huby dah ke lubnan.. so aku whatsapp pada gynea bgtau DR THAM aku kene tunda IVF ke tahun 2017. inshaallah huby balik october 2016 aku nak start balik. Inshaallah terus proceed IVF.

dalam pada masa itu, sebelum huby ke lubnan aku ada mintak izin dia nak ambik anak angkat.. so dia hanya mengiyakan. dia takde kata JANGAN.. so dia bagi keizinan la kalau mcm tu. huby aku bukan jenis yg ckp banyak. kalau dia x nak dia akan kata TAK NAK. kalau dia diam. maknanya dia setuju. siapa lagi yg kenal suami kita kan?? kecuali kita. mak dia pun belum tentu kenal dia lg.

So, aku ada jumpa seorang gadis berumur 23 tahun, ada masalah dia sendiri. usah diceritakan di sini. nnt anak aku baca dia sedih..huhu. aku pun lagi sedih.
Aku ajak dia dok dgn aku.memandangkan huby tak de kat rumah. so.. a to z aku jaga dia.. alhamdulillah budaknya baik je. takde buat hal yang boleh buat aku marah atau kecik hati. Aku dah anggap dia mcm sebahagian dari hidup aku. macam adik aku dah.

Bila dh 3 bulan bersama dia... sesekali dia sebut nanti akan balik ke kampung. aku jadi sedih. Entahla.. mungkin aku dh anggap dia mcm adik aku dh.

Bercakap pasal pemakanan ibu mengandung, memang aku jaga mkn minum dia. makanan yang baik akan mempengaruhi anak yg dikandung. inshaallah aku harap anak yang bakal lahir akan jadi anak yg solehah dan berguna pada bangsa dan agama.. juga akan berjasa pada aku dan mama dia nnt.
Oh ya..baby yang bakal lahir Inshaallah gegel u olls.. tak sabar menanti..skrg dari tarikh ini baby dh 33weeks. due 4.1.2016. ok nnt sambung lagi...

CINTA JARAK JAUH

lama dah tak update blog since bulan 4 lagi..
actually sekarang aku teruskan kehidupan sorg2..hubby ke lubnan di bawah misi bangsa-bangsa bersatu (PBB). cita-cita dia nak bertugas di sana.. aku redha..pasrah even kena berjauhan selama setahun. org kata kejap je pejam celik. tapi aku yg menanggung belum tentu lagi kan. seksa tu tuhan je tau. sunyi weeiii..huhu
18.9.2015 hubby berangkat ke lubnan

Monday, April 20, 2015

GONEL F

salam...lama menyepi..sejak balik hatyai bz dgn keje pejabat. semua nak kene cepat siap. awal tahun mmg tak menang tangan.

okey...lets story...
last day period, kali ni doc dah tak bagi clomid.. sebabnya clomid even 200mg pun takde respond pada telur2 ku. emmm,,, sbnr nya sedih.. Aku bukan jenis tunjuk sedih kat org.. even sedih pun x pernah nak menangis walau depan suami. aku akan mennagis dalam tidur..sebelum tidur atau di tikar sejadah sahaja.. tapi.. dengan mak mmg aku suka nangis depan dia..sbb bila dengan mak aku rasa sangat lega.. ketenangan tu tak dapat di cari di mana2. Dengan suami pun aku takkan rasa selega ini.

bila 1st day period..aku terus ke hospital..masa tu agak cuak juga. sebab period hari jumaat. doc dh bgtau kalau period terus dtg..pada hari kedua. so..hari ke2 aku akan jatuh pd hari sabtu.. OMG!! sabtu mana ada doc kat o&G tu.. so aku wasap doc tham..dia ckp dia ada petang jumaat tu.. So, aku pegi segera petang tu ambik ubat. kali ni doctor bagi gonel F. ubat ni bentuk mcm pen. di inject di bahagian perut di bawah pusat.  tapi jgn takut..jarum nya kecik je..rasa ketagih nak cucuk plak dah.. aku inject sendiri.. sebelum tu nurse ajar camne nak guna gonel f.. siapa2 yg tak tau pasal gonel f ni sila menggunakan encik goggle ye.. aku ceritakan sikit. gonel f ni fungsi lbh kurang clomid.. cuma dia dlm bentuk injection. dan dos dia agak besar. sebatang pen tu berharga dlm rm500..aku dpt 2 batang pen..so rm1000..tapi sebab di hosp kerajaan..aku dpt free je.. =)

bermula la aktiviti menginject setiap hari jam 10 pagi kene inject. d1-d12 kene inject dos 50iu. bila scan telur hari ke 7..telur 6.2mm paling besar.. then doc suh datang balik.
d11 aku pegi lagi utk scan..telur aku dh mmbesar ..tapi ukuran tu x cukup lagi utk di senyawakan.. masih belum matang. aku hanya dapat 8.5mm yg paling besar. doc kata telur aku besar tapi slow sgt. hari ke 13 aku scan lagi. telur dh jadi 7mm.. doktor terus suh g hosp ipoh tmbh dos lagi. naik kepada 75iu. tp malangnya d15 telur aku x mmbesar pun dh makin kecik. sedihhh yang sangat.
so..d19 aku g jmpe doc tham lagi.. dia sndiri buat TVS pada aku. dia ckp aku PCOS..itu je.lepas tu kami bincang. apa yang patut aku dan dia buat.. dia syorkan aku buat IVF..sbb aku mungkin berisiko keguguran dan mengalami kandungan berulang..

haiihh..aku setuju buat IVF..doc suh aku rehat dl bulan ni.. bulan 5 nnt datang balik.. so aku redha.. tp mmg dlm hati aku..sering berkata2 nak bua ivf..cepat dpt bby..sbb buat iui..aku x tau camne nak besarkan telur aku ni..

sedihhh..balik rumah tu aku baring..sambil tu airmata keluar tanpa kusedari... tuhan je yg tau..

sambung next page plak..cerita pasal IVF

Sunday, March 15, 2015

BERCUTI DI HATYAI DAY 2

Jam 8 pagi ~ kluar seawal ini untuk memulakan perjalanan...kami breakfast dulu kat kedai makan muslim.. nama lupa plak. kedai ni pekerja dia pandai cakap melayu.. diorg dari naratiwat.. kebanyakan org islam di hatyai ni pandai berbahasa melayu dalam loghat kelantan.. so kami selfie dulu sementara tggu makan.
dikedai makan muslim

background bandar hatyai


jam 9 pagi ~ kami gerak naik tuktuk ke Songkla.. dengan tambang 400 bhat (rm40) so kami share bertiga.. untung pergi dgn kawan2 boleh share so kita semua boleh jimat kos in everything..
dalam tuk tuk kita selfie nak ke SOngkla

10 pagi~ sampai ke songkla.. pakcik tuktuk bawa kami ke pantai songkla yang ada ikan duyung tu.. wajib bergambar kat ikan duyung tu.. even panas pun sggp tahan diri demi nak bergmbar..
masa ni panas sangat... menyesal datang pagi sbb bila smpai dh nak tenghari..so panas sgt. tak tertahan.

ini si naga kat pantai songkla juga

jam 12tghr ~ gerak ke Chang Puak Champ. iaitu tempat gajah.. kat cni boleh naik gajah dan tengok persembahan gajah. tak naik pun gajah tu sbb mahal. lagi pun panas.. aku tak g dekat pun dengan gajah2 ni.. sbb panas.. safa n aida pegi juga dekat ambik gambar..




jam 1 tghr ~ kami teruskan perjalanan ke Ice Dome hatyai.. tempat ni wajib masuk.. nak harap masuk Icity kat mesia mmg tidak kot.. so kami datang sini.. nak masuk dengan bayaran 300 bhat (rm30). untuk pengetahuan korang dalam ice dome ni ada 3 section. 1 section bongkah ice, 2 section salji, 3 section taman bunga


ice salji ni sejuk giler..tak tahan aku nak ambik gmbr pun lari2..dok dalam ni x smpai 10 minit..



jam 2petang ~ kami balik ke hatyai town..pakcik tuktuk hantar ke kedai makanan muslim.. 










BERCUTI DI HATYAI DAY 1

DAY 1
11.03.2015
~ Seawal jam 1.30 pagi menaiki keretapi di Batu Gajah. Ramai yang tak tahu sebenarnya senang nak ke hatyai dengan hanya menaiki keretapi di batu gajah. Even perjalanan agak lama tapi kalau ambik coach katil tak terasa sangat lama tu.Sebab boleh tidur dengan selesa sekali. tambang keretapi katil hanya rm46 sehala. so, rm92 sahaja pergi balik. jimat kan??? Untuk pengetahuan u olls, ini merupakan trip aku yang ke 2. sebelum ni dah pernah pergi. kali ni bw kawan aku safa n aida. diorg nak pergi sangat. so aku apa lagi..plan smua utk trip kami.


~jam 9 pagi keretapi berhenti di stesen KTMB padang besar. kami di arahkan turun ke stesen untuk cop pasport atau border pass. selepas itu tunggu train untuk bergerak semula ke Hatyai. dalam jam 11 mcm tu train jalan semula. perjalanan dari padang besar ke Hatyai memakan masa selama 50minit. 

sementara tunggu kami selfie dulu..


~jam 12.00 tghr kami sampai di stesen keretapi HATYAI.. horeyyyy... gembira sangat. akhirnya smpai...
kami ambik tuk tuk terus ke hotel. Sebelum ni aku dah tempah hotel dengan AGODA. aku pilih Hatyai Palace Hotel bila baca review hotel ni bagus dan murah..selama 4 hari 3 malam hanya rm398, so kami share bertiga, jadi murah lah..jimat dan berbaloi. Sampai di hotel kami terus check in dan berehat kat hotel dulu.

ini belanja dulu pic ala2 pengntin baru nak honeymoon...


~ jam 3 petang kami keluar jalan-jalan, ambik tuk tuk dengan tambang 20bhat (rm2) . Kami ke Hamid restoran untuk lunch dulu..lepas makan, kami ke Magic Eye 3D Muzium. niat di hati nak masuk tengok 3d art. tapi bila masuk tengok bayaran masuk 400bhat seorang terus terkesima... mahal weh!! boleh makan utk 2 hari tu.. so kami bergambar depan  muzium 3d dah la.. nah belanja 1 pic


Kami tak masuk 3d muzium. tapi depan muzium 3d ni ada night market..best juga night market ni... so kami tunggu sehingga jam 4pm kedai2 bukak.. so kami cuci mata cni dulu..




Wednesday, December 10, 2014

PERLINDUNGAN WANITA HAMIL LUAR NIKAH

Salam..tiba-tiba hari ni rasa nak menwar2kan niat baik... saya tahu disebalik kesenangan kita ada wanita dan remaja di luar sana yang berada di dalam masalah. Mungkin mereka hilang hala tuju, tiada tempat mengadu.  Saban hari kita mendengar kes buang bayi merata2 pelosok negeri. Kenapa anak ini menjadi mangsa?? kenapa perlu dibunuh anak ini? Ibu ayah yang berdosa..kenapa anak menjadi mangsa?

Adik-adik yang bermasalah , hilang arah tujuan..mengandung luar nikah.. kami sudi membantu anda. memberi perlindungan untuk anda.. Sila hubungi 017-6054413 @ email: masrizal11@yahoo.com
untuk maklumat lanjut. Insyaallah kami akan menjaga aib anda..dan membantu sehabis baik.

Dosa yang lampau perlulah bertaubat kepada Allah swt.. Mulakan hidup baru..Usah menoleh ke belakang. Sejarah hitam jadikan pengalaman..