Tuesday, February 18, 2014

PENGALAMAN HSG (HYSTEROSALPINGOGRAPHY)

Agak lama menyepi...well, takder apa nak story lately.
tapi nak story tentang HSG. aku baru lepas buat pemeriksaan HSG. hurmmm... perasaan buat HSG ni sangatlah excited. nak tahu why??? yerp.. setelah hampir 4 tahun mencuba utk TTC. nak jugak tahu apa masalah seterusnya sehingga belum lagi di berikan permata hati.
ok ni nak story cemana perjalanan, dan kesudahan buat pemeriksaan HSG ni.

temujanji doktor di hospital Ipoh 13.02.2014
jam 10.30 pagi tiba di hospital. mula2.. letak kad merah dan surat temujanji doc di kaunter. then tunggu, sampai dia suruh tunggu depan PINTU 2, okey aku tunggu la dengan tabah nya.. encik suami setia menemani :)

then bila tunggu tak dipanggil2.. hampir 1/2 jam gitu keluar la seorang lelaki cina. hensem wooo mcm pelakon korea (pantang tgk lelaki cina hensem mesti nak samakan dgn pelakon korea..gara2 terjebak dgn drama korea la ni)..hurmmm serius dia mmg hensem. then dia panggil nama aku. aku bangun pergi kearah dia. dia tanya bila last period. ada bersama suami ke tak. mmg aku ikut pantang larang nak HSG. syarat nya tak boleh bersama suami sehingga pemeriksaan HSG. doktor kata OK, lambat lagi ni..awak boleh pergi makan dulu. sbb ada 2 org lagi menunggu sebelum awak. ajak suami mkn dia tak mau. dok ralik main game di tab. okeylah..aku pun tak lapar sangat. then menanti dan terus menanti..tiba2.... aikkk..kenapa lampu kipas padam ni??? tgk jam..dah kul1 lunch hour rupanya.. tapi tak patut la..kenapa nurse ni padam lampu n kipas. kan aku n suami ada lagi ni..huhuhu.. okeylah pikir positif. diorg nak jimat elektrik. kan najib suh jimat cermat..

tak lama lepas tu juru xray pun panggil..aku pun masuk. tukar baju, pakai baju hospital.. macam dah nak warded dah. then naik ke atas katil tu. kaki tergantung ke bawah. nurse pun mesra alam gitu. dia cakap jangan takut, kene relek..okey lega..semua baik2..dan masih menunggu kedatangan doktor.. nurse tu cakap.. hari ni doktor lelaki..aduhhh terkedu dgr.. but redha jela... dah terbaring pun aku ni...beberapa minit lepas tu doc datang.. okey..pelakon korea tadi rupanya doctor..hurmmm.. dia pun tanya u tahu tak apa tu HSG, dia bg penerangan sikit..mcm ni la dia ckp " ok, hari ni kita nak check tiub u, kiri dan kanan, nak tengok tersumbat ke tak. kalau tersumbat takder anak la.." ok simple.. tapi so nice!

then doc suh aku relek, jgn keraskan badan..sekejap je katanya. dia suruh aku kangkang..nurse pun cakap. kangkang dik..mcm nak bersalin tu.. huhuhu..maluuuuuuuu..cemana nak kangkang depan hensem ni..
pastu nurse cakap jangan malu.kita semua dah kawen kat sini. okla..redha..kangkang jela kat encik hensem tu. then dia buat sgt teliti. dia bgtau 1 1 apa yang dia buat. dari basuh miss V sampai la siap. hurmmm..takder la sakit sangat masa buat tu.yg paling tak tahan masa masukkan dye tu. mmg sakit.kuar juga la jeritan manja aku ni. hehe.. doc tanya sakit ke..aku kata sakit doc. dia say sorry..so sweettttt!!

then siap tu doc bgtau..u takder masalah apa2..u tengok skrin ni.tiub u kiri dan kanan air boleh masuk. nanti u refer ke hospital balik nanti dia suggest u buat apa plak lepas ni.. thanks doc..i love u.. harap dpt jumpe lagi. hahahah..mula2 tu hepi la..selera lagi makan.

bila dah smpai rumah tu. mak aihhh..senak, ngilu, sakit kat bahagian rahim ni... aku ada sikit bleeding masa lepas buat tadi. terus pakai pad., balik rumah terus tido. doc bg MC 1 hari. tido pun masih dpt rasa sakit tu..aduhhh aku ingt aku ni kuat takderla alami kesakitan mcm ni. sbb baca blogger lain ckp ada yg x sakit. ok takperla.. bila lagi nak sakit kan? ini la masa nya..ok rehat..nak ke malam tu bdn dh mula panas..okey sekian kalinya demam. en suami bw g klinik. doc bagi mc 1 hari lagi..horeyyyy... 2 hari mc. khamis, jumaat,sabtu,. ahad 4 hari cuti.. horeyyy..mmg best dpt rehat puas2 kat rumah.. cuma esoknya tu demam dh kebah, sakit pun x sakit sgt. okla puas hati..

tu jerla dulu nak citer..next time citer lagi ye..hehehehe
nak nasihat kan pada mommy to be..jgn takut2 nak buat hsg. sakit tu x la seberapa mana kalau nak dibandingkan dengan sakit nak bersalin.. cayok!!

ini gambaran HSG prosedur..


then ini gambar di skrin yg doc tunjuk.lebih kurang mcm ni saya punya..nampak dye tu masuk ke kiri dan kanan tiub..alahamdulillah takder tersumbat