Tuesday, November 6, 2012

Pats Ezee Beauty

Set trial Pats Ezee Beauty


RM75.00 (SM)
RM78.00 (SBH/SRWK)

DAY CREAM
NIGHT CREAM
SABUN ORANGE



Orange Soap

Dapat menghilangkan sisa-sisa solekan bagi mencerahkan, melembabkan dan menyingkirkan sel
kulit mati. Sesuai untuk kulit yang kusam (jeragat atau jerawat yang tebal). Formula daripada buah oren dan buah kelapa sawit . Bebas daripada campuran lilin.

Harga
RM23.90 (sm)
RM26.90 (sbh/srwk)



Day cream dan Night cream


Day cream

Melindungi kulit daripada sinaran UV-A dan UV-B yang boleh mengakibatkan timbulnya jeragat tegar. Halus pada kulit, gebu, tidak melekit dan tidak berminyak. Gunakan produk day cream ini sebagai alas bedak dikuti sapuan loose powder

Night Cream
Merawat wajah pada waktu malam agar lembut dan halus mengimbangi PH kulit. mengurangkan pigmentasi dan menjadikan tonasi kulit sekata. Melewatkan tanda awal penuaan.

Harga
RM45.00 (sm)
RM48.00 (sbh/srwk)

untuk sebarang pertanyaan dan pembelian
emel: masrizal11@yahoo.com
whatsapp/sms only: 0176054413



saya pengguna e'zee beauty :)










Masalah jerawat :(

masalah jerawat dan parut mengahantui diri lah..apa nak buat ni???

Dah cuba segala bagai kosmetik..jenis cream berminyak mmg saya tak boleh pakai..mengakibatkan jerawat makin naik..tak surut2..sangat sensitif muka ni..Then, my sis bagitau..kawan dia pakai krim ni sangat gebu muka dia..sy suruh dia whatsapp gambar krim tu..tadaaaa..ni gambar nya
>>>tadaaaa.....

Saturday, September 15, 2012

Sedih Dan Sebak


hari ini saya sangat sedih...tiba2 rasa sebak bila sorg2 kat rumah ni..encik suami kerja..rabu ni baru dapat jumpa. Almaklum, tengah kursus.. kerja perlu di utamakan. lagipun dah biasa ditinggal berhari2. Saya sentiasa tabah. Tabah ker saya???wallahuaklam..hanya Allah swt sahaja yang tahu..

Malam ni bukak muka buku..baca komen kawan sekolah..nak deliver baby yang ke 3..happy nya dia.. Saya?? saya bila lagi...kadang2 merintih seorang diri...bila kah nak ada anak sendiri.. bila tengok org jalan2 di pasaraya bawa anak masing2..selalu bertanya2 pada diri sndiri.." saya bila lagi nak merasa macam ni, jalan2 di pasaraya mendukung anak..kejar2 anak". Tapi apa kan daya, belum rezeki kami untuk merasa semua itu..Ya Allah, ampun aku..sekiranya aku seperti tidak redha dalam ujian mu ini.tapi jauh di sudut hati..saya redha..redha atas ketentuannya.


setiap yang kejadian tu ada hikmahnya...mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran saya dan suami. Doa saya semoga, saya dan suami bisa merasa, mendakap anak kami sendiri..Insyaallah..

Oh ya..hari ni 15/09/2012 jam 10.15 On Pil subur..


Friday, September 14, 2012

Rawatan Kesuburan kali ke 2

hari ni nak story ttg rawatan kesuburan kali ke2..sorry kali pertama tak sempat nak citer. coz masa tu busy sangat. kali ni saya mengajak suami ke klinik dr saadiah lumut..klinik ni poliklinik biasa. tetapi kawan saya berjaya hamil bila dapatkan rawatan dan ubat subur dari doktor ni..Insyaallah..dengan izinNya saya pun boleh berjaya..

4/09/2012- hari pertama pegi jumpa doktor..dia tak scan pun coz saya pernah scan kat pakar sakit puan, dan didapati masalah pada saya, telur saya kecik, dan suami OK
- doktor bagi saya ubat utk turun period 8 biji (makan pagi n malam 3 hari berturut2, 1 biji pagi 2 hari berturut2) dan vitamin E (makan 1 x sehari tak kisah pagi, malam)

11/09/2012 - period turun, alhamdulillah..mula2 tu keluar tnpa disedari coklat pekat kehitaman..pergi jumpa doktor untuk ambil ubat subur..doktor bagi 5 biji..dia dah siap kira hari apa patut makan..dia bagi jadual 15hb kene mkn ubat subur..

hari ni 14/09/2012 period dah nak kering...

esok 15/09/2012 dah boleh start makan ubat subur, doktor suggest mkn pada waktu malam..masa yang sama tiap2 malam pada 5 hari berturut2

ubat subur yang doktor bagi ialah jenis clostilbegyt




blessing for TTC

FertilAid for Women
cuba just for 1 month..dan stop makan dulu..coz nak consentrate makan bende lain..




lepas raya start makan pati delima gulsan, sk alkhisbun secara konsisten dan nekad..dalam hati sangat yakin dengan susu ak khisbun ni..insyaallah dengan izinNya , saya sangat bermohon agar segala usaha saya dan suami beroleh kejayaan untuk mendapat si dia pengarang jantung kami berdua..

sabar yer sayang..ibu and baba sentiasa menanti kedatangan anak ibu and baba..Ya Allah, kabulkan lah permintaan ku ini..



Friday, September 7, 2012

Forgive Me Ya Allah

FORGIVE ME YA ALLAH 



Forgive me Allah 
For the wrongs I have done 
For anger I shouldn't have 
Against anyone 

I know I'm weak Allah 
But I love You, I really do 
And in spite of my weakness 
I know You love me too 

Forgive me for not reading 
Forgive us for not practising 
Forgive us for not implementing Your eternal Words 
While society at large suffer 
From the ommission of our submission 

Oh Allah let us come to the understanding 
Only with Your Deen can humanity Prevail 
And me for the times that I stray 
Forgive me for being too tired 
When I don't take the time to pray 
While my Ummah lay in shame 
With ignorance i forget your way 

Give me the strength, Oh Allah! 
To do what I should each day 
Let Your love shine through me 
So others will follow Your way 

Even though I've failed You Allah 
I know You'll forgive me 
And this I promise Lord 
A better Muslim I will be 

For Your presence is in me 
Filling my heart with Your love 
And I have Your reassurance 
You're guiding us from above 

I love You Allah, and thank You 
For the limitless blessings You bestow 
I must tell others about You 
So Your goodness they too, will know 
Forgive me Ya Allah 
Forgive and Guide this Ummah. 
Victory is Promised by You 
Make us worthy of it Ya Allah.

Friday, January 27, 2012

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.

Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan.

Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum…

Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini! Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad?

Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi. Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU… Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini.

Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu.

Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala. Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang.

Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya.

Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

KETIKA RASULULLAH PERGI…
Tengah hari itu…
gugur butiran air mata di wajah muHibanya hati melepaskan Rasul pergiBukan tidak reda,
Tapi itulah hati seorang isteri pasti ada rasa cinta!
Pada akrab sekian lama yang terpisah
Bagai isi dan kuku…
Tapi hakikatnya kita semua hambaYang terpaksa akur dengan takdir-NyaJalan mujahadah menggamit kelangsungan budi Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasamakam itu cuma semadi jasad…
Tapi dian batinnya terus menyalaPada sebuah amanat di sisi isterinya
Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hibaDuhai srikandi budi yang masih laraSepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dengan kukuh kerna jalan ini masih jauh Yang wafat cuma jasad Bukan niat dan semangat!
Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’– Umamahatul Mukminin Siti Aisyahdi usia remaja menjadi isteri RasulullahTeman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakaratdi ribaannyalah baginda wafat Sepeninggalan Rasul…
Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tapi bukan kehilangan misi!
Sesekali ketika rawan diusik kenangan…
Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah
Istirahat hati pada satu hakikat…
Cintaku hanya sedebu cinta-NyaRelakanlah dia pergi…
Menemui temannya di daerah tinggi!