Thursday, January 21, 2010

Hanya Kepada Dia


Disaat aku perlukakan perlindungan,

Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tangan Nya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah, Dia lah pelindungku.


Bila aku bersedih hati,
Tapi tiada yang ingin menjadi pendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Mungkin aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia pasti mendengarkan Dia lah pendengarku.


Dan aku tak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatian Nya,
Tak kira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.


Bila aku perlukan semangat,
Tapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
lalu aku rujuk kalam Nya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.


Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janji Nya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurgawi,
Tak akan aku temui bahagia sebegitu di dunia,
Lalu aku redakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.


Lantas syurgawi Nya itu yang aku dambakan,
Kerana di sana semuanya indah,
Biarlah kiranya bahgia dunia tidak termiliki,
Biar bersakit-sakit dahulu,
Semoga akan bersenang kemudian,
Miliki kebahgiaan yang sebenar.

Buat lelaki yang bakal memiliki cinta ini


Buatmu lelaki, Yang satu masa nanti bakal aku cintai, Maaafkan aku seandai cintaku untukmu, Tidak sebesar yang kau harapkan, Tidak sehebat yang kau impikan. Kerana duhai lelaki yang bakal miliki diriku, Mungkin cintaku takkan pernah sepenuhnya buatmu, Cintaku mungkin takkan pernah buatku gila, Menangisimu bila rindu berjauhan Masih mahukah kau memilikiku? Duhai lelaki yang bakal kucintai, Lelaki yang bergelar suamiku kelak, Kerana segalanya tentang diriku, Sudah dimiliki terlebih dahulu oleh-Nya, Hanya Dialah 'Cinta sejati'. Kerana Cinta sejati itulah kau & aku bernafas, Kerana Dia Yang telah menciptakan aku, Lalu dengan kehendak-Nya aku bertemu denganmu pasangan hidupku, Dia yang tumbuhkan cinta dihati kecil kita, Maka Dilah yang lebih layak untuk dicinta sepenuhnya. Namun lelaki yang bakal bergelar suamiku, Usah gelisah mendengarkan sebuah pengakuan ini, Kerana di dunia ini, cinta dihati ini hanya milik seorang adam, Tidak akan ada duanya adam yang akan memilikinya, Dan satu-satunya adam pemilik cintaku itu dikaulah orangnya, Jadi duhai lelaki yang bakal kucintai, Maafkanlah seandai ini kekurangan dimatamu, Derhakakah aku sebagai seorang isteri nanti, Jika aku mendahulukan cinta kepada-Nya? Kuharap kau akan mengerti. siapa adam pemilik cintaku itu, cuma Allah yang tahu kerana aku sendiri tidak tahu siapa.

Friday, January 15, 2010

Jantung berdetik

~ dup dap dup dap~
debaran yang kunjung tiba..x sbr dan gementar. X sabar menantikan hari bahagia..Si dia jd milik aku..byk yg telah di lalui..gelak tawa..gembira.sedih..bergaduh dh jd rutin kami..Tapi segalanya di tempuhi dengan sabar..Aku sbr melayan karenah si dia..yg makin hari makin sensitip..emo x menentu..:) (jgn mrh yer syg bucuk)Tapi itu dh jd lumrah..org nak kawen..mmg emosi x menentu..btl2 kene jg hati dia. Tak mengapalah..aku berjanji akan buat yg terbaik utk dia.hari ini..esok..insyaallah utk selamanya. Semoga segalanya berjalan dengan lancar~~

Daisypath Wedding tickers

Saturday, January 9, 2010

Diet Yang Seimbang

1. Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

2. Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

3. Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

4. Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

5. Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

6. Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

7. Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

8. Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau... Sesekali Tidak Mengapa

Thursday, January 7, 2010

terbeban..uhukk

emm..dh lm rasanya meninggalkan blog ni.tatau nak citer ape..so far..aku sgt sibuk dgn kehidupan baru..pada tahun baru ini..well, its my reality. Aku x kisah..itulah kenyataan hidup yg mesti aku lalui.Kerja- kerja pejabat yg x pernah habis.Kadang- kadang aku rasa tertekan.Tak nak teruskan hidup mcm ni.huhu..tp tu kata2 org yg cpt putus asa..Namun, aku perlu bgn utk meneruskan segalanya..demi masa yg akan datang.
Disamping kesibukan..byk jg hal2 lain yg perlu aku fikirkan..Iaitu..hari bahagiaku nnt..Doa aku..semoga aku n tunang di panjangkan jodoh.sampai ke jinjang pelamin..Lebih krg 4 bulan dari sekarang menjelang hari perkahwinan ku..Semoga Allah merestui hubungan yg telah lama terbina..
ermm..stop dl..~~~