Saturday, June 18, 2011

Mati....



Hujan turun lagi. Lebat sekali. Seperti kekasih yang rindu, aku mengemas barang dan terus bergegas keluar. Bau tanah yang di rindu. Bau hujan. Angin sejuk. Ah!


Kepala di dongak ke langit hitam. Telapak di biar merasa melodi titik hujan yang terburu-buru turun dari awanan. Diam-diam berbisik pada hati, " Tuhan, bagaimana agaknya rasanya mati?"

Gigit bibir. Tarik nafas lalu di hembus perlahan sambil berdoa agar beban yang menyesak di dada ini keluar sekali bersama lepasan nafas. " Tuhan, bagaimana agaknya keadaan bila aku sudah menempuh mati? Aku akan di siram cahaya rahmatMU atau terperuk di dalam kegelapan murkaMU?"

Teruskan langkahan kaki, hujan makin lebat di silih dengan dentuman guruh dan kilat. Hati terjerut rasa takut. " Oh Tuhan, guruh dan kilatMu pun sudah aku takut, bagaimana pula untuk aku lalui Alam BarzakhMU?" Semacam ada beban menimpa-nimpa dada, semacam ada gundah tak tertampung datang menyumbat-nyumbat hati, sesak dan lelah. Ada aliran jernih menuruni pipi. Tuhan, benar, aku takut menempuh mati!

Tutup payung. Tubuh lalu di biar berjalan merempuh hujan tanpa apa-apa lindungan. Pejam mata. Bersama aliran mata yang semakin lebat, dosa-dosa silam datang menerjah ingatan. Ah. Mampukah aku melalui barzakh dengan palitan dosa sebegini? Menangis dan menangis selebatnya hujan yang menuruni bumi.

Badan basah lencun. " Basuh, basuhlah diri ini dari hitam dosa. Sucikan,sucikan jasad ini. Aku malu untuk menghadap Engkau dengan segala kekotoran ini."


Ah. Benarlah, mati itu sebaik-baik peringatan buat diri. Namun sayang, keinsafan selalunya hanya sekejap sahaja mendiam. " Aku teringin bertemu Engkau wahai Tuhan, tetapi biarlah aku mencuci daki ini terlebih dahulu, biarlah aku menatapMU dengan wajah bercahaya. Izinkan aku untuk itu,"


Friday, April 29, 2011

Post Wedding by Chikozawa Weddingphotog


update..a latest photo...my post wedding
location: Taman paya bakau, lumut
Photographer: Chikozawa Photogwedding

saya sangat suka gambar2 kali ni..thanks to my photog..two tumbs job..i like..



















Saturday, January 22, 2011

Buah zuriat dari mekah

Alhamdulillah kehadrat ilahi.. Dipermudahkan segala yang aku ingin kan..baru2 ni aku dpt 3 biji buah zuriat daripada "Pak Bada" oppssss..dah jadi haji..Haji Bada okkkkk!!. thanks sbb bagi buah zuriat tu kat saya.. setibanya pak bada di tanah malaysia..n kembali ke perak..dia masih dlm mood cuti..ke pejabat..dia bagi aku sebiji buah delima mekah..ermm..sgt2 teruja n terharu dgn pemberian dia. by the way, kwn2 yg lain hanya dpt sebiji n disuruh kongsi2..mungkin dia pun tahu..yang lain dah beranak pinak..n aku belul lg beranak..huhuhu..tepat sekali!! tapi xpe..usia perkahwinan kami baru mencecah 7 bulan >. so far aku belum sensitif dgn pertanyaan "dah lekat ker??"..oppsss.. kdg2 menyampah jg dgn question dari sanak saudara n kwn2..kdg2 kwn2 terdekat yg hari2 jumpe pun sering bertanya..Aku x kisah..dan semuanya aku serahkan kepada yang MAHA ESA..sekiranya dia berkata " kunfayakun" Allah kata jadi..maka jadilah seperti yang dinginkannya... Kami suami isteri hanya mampu berusaha sedaya yang mampu..hopefully..tahun baru ni memberikan kami 1000 cahaya..

lps 2, 3 hari aku dpt buah delima..pak bada bagi pula pada aku " buah zuriat"..bagaimanakah buah tu??sblm ni aku hanya baca dlm forum..tgk gmbr from internet aje..skrg..buah tu ada dpn mata aku..dan aku dpt memegangnya..mmg dh lm aku inginkan buah ni..alhamdulillah..aku dah dapat!!!

ok..disini aku tunjukkan...see....

1st step



2nd step

3rd step


4th step


Thursday, January 20, 2011

As a wife to...

hai all..
rasanya dh lama sgt x bergerak jari jemari ku..mengatur langkah dalam blog ni..rindu sgt nak berceloteh.tp skrg sikit busy..dgn tugas2 di pejabat, tugas isteri.. kali ni rasa nak cerita tentang perasaan as a wife.
hurmmm...lebih krg 7 bulan aku bergelar seorang isteri. bahagia sgt hidup bersama dgn org yg kita syg. suami aku seorang yg kelakar. hr2 aku mesti gelak dgn lawak2 dia tu..mcm2 ajer yg dia buat utk hiburkan hati aku
zuriat...kami belum dikurniakan zuriat lg..belum ada rezeki..itu yg mampu kami katakan skrg..doakan kami cpt dpt bb..

Tuesday, January 11, 2011

Petua dari Nabi SAW agar mendapat anak

Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah.

Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;

“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”

Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah.

Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.

Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.