Thursday, July 22, 2010

Cara Pengambilan MAB




Aturan Makan MAB:

1. Mula makan botol pertama pada hari ke 3, 4 atau 5 period.

2. Makan 1 biji sahaja sekali/sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya, tanpa menunggu period.
  • Kes makan malam. Jika habis makan malam Ahad, sambung botol kedua pada malam Ahad depan.
  • Kes makan pagi. Jika habis makan pagi Ahad, sambung botol kedua pada pagi Ahad depan.
3. Bagi yang tidak didatangi darah haid, boleh terus mula makan botol pertama tanpa menunggu period.

4. Bagi yang lepas pantang, mula makan botol pertama pada hari ke 44 selepas bersalin

5. Bagi yang ambil pil perancang, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh dimakan bersama pil.

6. Bagi yang merancang menggunakan IUD:
  • Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
  • Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.
7. Bagi yang merancang mengguna injection:
  • Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3, 4, atau 5.
  • Bagi yang tidak period dapat MAB dan terus mula makan.
8. Kes lupa makan:
  • Sekiranya terlupa dinasihatkan agar makan waktu awal pagi 1 biji kemudian pada malam hari pula makan 1 biji sahaja.
  • PERINGATAN : Jangan makan 2 biji sekali kerana maajun ini adalah perubatan tradisional jadi takut akan memanaskan badan dengan berlebihan sekiranya mengambil lebih dari 1 biji.
9. Dalam kes untuk mendapatkan anak, MAB perlu diambil selama 6 bulan (6 botol).
  • 3 bulan pertama MAB akan bertindak untuk merawat.
  • 3 bulan yang kedua MAB akan bertindak untuk menyubur.
  • Setelah 6 bulan, period mula teratur dan boleh berhenti mengambil MAB.
  • Jika selama 6 bulan, period masih tidak teratur, teruskan mengambil MAB sehingga period teratur.
10.Bagi gadis yang belum berkahwin:-
  • merawat segala masalah keputihan yang berlebihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan
    merawat masalah segugut yang teruk
  • melancarkan peredaran haid setiap bulan
  • mencantikkan kulit
cara pengambilannya adalah seperti berikut:
semasa terjadinya masalah keputihan perlu lah dimakan maajun ini selama 4-5 hari atau sehingga
keputihan hilang sahaja. Selepas itu sambung makan di bulan hadapan pula
Peringatan

Untuk yang mengambil MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam. Bagi kes yang lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.Jika sedang makan MAB didatangi period, tidak perlu berhenti, terus sambung makan sehingga habis 21 biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya.Jika anda mematuhi aturan makan MAB insyaalah dapat membantu sebagai kaedah merancang keluarga anda.

1. Bagaimanakah Cara Pengiraan Rehat 7 Hari?

Berikut adalah cara pengiraan rehat 7 hari ditentukan:
Andaikan habis makan 11 malam, Ahad….Mula rehat seperti dibawah;
11 mlm Ahad- 11 mlm isnin(24jam) – rehat 1 hari
11mlm Isnin- 11 mlm Selasa (24jam) – rehat 2 hari
11mlm Selasa – 11 mlm Rabu (24jam) – rehat 3 hari
11mlm Rabu – 11 mlm Khamis(24jam) – rehat 4 hari
11mlm Khamis – 11 mlm Jumaat(24jam) – rehat 5 hari
11mlm Jumaat – 11 mlm Sabtu (24jam) – rehat 6 hari
11mlm Sabtu – 11 mlm Ahad(24jam) ahad -rehat 7 hari
Perlu sambung makan semula hari Ahad pukul 11.01 mlm .

*Jadi tempoh rehat adalah 7 hari seperti contoh kiraan diatas.

Cara untuk sambung botol seterus untuk mudah faham seperti dibawah:

Berhenti Ahad sambung semula Ahad
Berhenti Isnin sambung semula Isnin
Berhenti Selasa sambung semula Selasa
Berhenti Rabu sambung semula Rabu
Berhenti Khamis sambung semula Khamis
Berhenti Jumaat sambung semula Jumaat
Berhenti Sabtu sambung semula Sabtu

info tentang MAB lagi

Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?

Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?

Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?

Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Betul ke MAB boleh menguruskan badan?

Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya. Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini. Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda. MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat badan saya akan bertambah?”

Dalam kes di atas, ini adalah testimoni saya sendiri sebagai pengguna MAB yang sudah menjangkau usia 2tahun pengambilan. Saya mula makan sejak baby saya berusia sebulan lebih (lepas pantang dalam hr ke 46). Alhamdulillah sepanjang saya ambi MAB ni tiada masalah kekurangan susu malah susu saya semakin banyak, pekat dan bayi saya tiada masalah perkumuhan. Alhamdulillah. Permulaan makan MAB ni saya akui selera makan mmg bertambah. Namun di sini saya ingin tegaskan bahawa kita sendiri perlu kawal selera makan kita. Insya Allah jika demikian berat insya Allah akan maintain.Semua yang terjadi itu adalah simptom sementara MAB terhadap tubuh badan. Bagi ibu2 yang lepas bersalin saya amat2 syorkan makan MAB ni. Dengan izin-NYA insya Allah...Mencegah lebih baik dari merawat. Herba sangat baik untuk kesihatan jika betul makan ikut aturannya....so apalagi wanita di luar sana...Marilah menggunakan produk herba tradisional ini untuk kesihatan dalama dan luaran anda.


Info tambahan

MAB boleh berfungsi sebagai satu ikhtiar untuk hamil/mendapatkan zuriat????

MAB boleh bertindak untuk menjarakkan kehamilan(family planning????

Ramai yang terkeliru dengan fungsi MAB ini. Tidak kurang juga yang memandang sinis dan kritikan . Namun begitu, MAB sudah membuktikannya. Alhamdulillah, kita berikhtiar, DIA yang menentukan.

Apa yang membezakan antara 2 matlamat di atas ialah CARA MAKAN MAB

1) Jika anda mengambil MAB sebagai ikhtiar untuk hamil, maka hendaklah berhenti mengambil MAB setelah period benar-benar teratur. Ini kerana, jika period kita teratur ia memberi petunjuk bahawa rahim kita adalah sihat dan sudah bersedia untuk hamil.

2) Jika anda mengambil MAB untuk menjarakkan kehamilan, teruskan pengambilan MAB sehingga anda betul-betul bersedia untuk menimang cahaya mata. Selagi anda mengamalkan MAB, insyaAllah anda selamat.

Semoga penjelasan saya dapat difahami dengan jelas. Terima kasih atas sokongan anda….. Jangan segan silu untuk mendapatkan penjelasan dari saya, sekiranya anda masih ragu-ragu.

Tindak Balas MAB ke atas tubuh

Tindak balas di awal pengambilan MAB ini adalah ia bergantung kepada ketahanan badan individu seseorang itu seperti:
  1. Haid mungkin menjadi banyak dan berwarna hitam. Ada juga haid datang 2 kali dalam masa sebulan. Janganlah khuatir kerana ini adalah di sebabkan oleh proses penyikiran darah kotor dan toksin yang berlebihan di dalam badan dengan pengeluran haid yang banyak, proses ini tidak mengambil tempoh masa yang lama cuma 2 hingga 4 bulan sahaja bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang itu
  2. Sesetengah orang juga mengalami sakit pingang. Ini disebabkan oleh pengeluaran haid yang banyak. Tidak perlu merasa khuatir terusakan pemakanan maajun ini insyallah kesakitan ini tidak akan berlanjutan kerana selepas habis proses penyikiran bahan toksin di dalam badan, badan anda akan menjadi sihat, ringan dan bertenaga.
  3. Kekerapan membuang air besar dan keluar angin. (membuang toksin dan angin dalam badan).
  4. Tidak lalu makan dan cepat kenyang. (memecahkan lemak yang sedia ada)
  5. Selera makan bertambah terutama bagi ibu menyusu.(tidak perlu risau kerana ia tidak lama dan akan kembali normal setelah MAB serasi dengan badan)
  6. Sesetengah individu mungkin akan mengalami keadaan di mana dia rasa mengantuk, keletihan, lenguh2 anggota badan, pening ataupun sakit kepala, demam dan lanin-lain.

PERINGATAN:
  1. Adalah dinasihatkan supaya menghabiskan pemakanan 1 botol maajun ini walau apa pun yang terjadi untuk mendapat kesan yang di ingini.
  2. Sekiranya badan terasa panas perlulah meminum lebih air dan mandi dengan lebih untuk mengurangkan kepanasan badan.

Maajun ini terdapat 21 biji didalam 1 botol dan diambil selama 21 hari sahaja!


Perlu difahami bahawa tindak balas adalah berbeza bagi setiap pengguna mengikut tahap kesihatan dan keperluan badan masing-masing. Tindak balas ini akan hilang apabila MAB setelah serasi dengan badan anda.

==================================

Bagaimanakah MAB bertindak sebagai perancang keluarga yang berkesan?

Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning:-

a) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu pada tahap ini akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain peluang untuk mengandung/hamil/pregnent adalah zero.

b) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi pula, benih yg dilepaskan semasa bersama cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

c) Jadi selari dengan maklumat diatas sebab itu lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa itu ia tidak berupaya utk bersatu dengan pasangannya maka lepas tempoh 24 jam ia pun akan mati sendiri dan pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan dikeluarkan melalui darah haid. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya bersatu maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin)…. so akan menyebabkan kehamilan.

Oleh yang demikian, inilah fungsi MAB iaitu wajib/disiplin makan ikut aturan dengan tempoh masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif dan dalam zon yang selesa berkemungkinan ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka akan hamillah bagi orang yang makan secara main-main,lupa dan tidak berdisplin.

d) Mangikut kajian juga semasa bersama ada berjuta2 benih dilepaskan. Benih lelaki/perempuan akan berenang dan akan berjumpa di rahim. Hanya satu dari jutaan benih yang betul2 aktif yg menang akan ke rahim untuk membuat persenyawaan. Tapi bila sampai ia tidak berupaya bersatu kerana didapati suhu kat situ tidak sesuai untuknya. Tunggu punya tunggu tempat pun sudah melebihi 24 jam kecewa akhirnya habislah perjanjian hayatnya pun luput.

e) So satu biji itulah dose yang betul untuk membuat suhu yang tepat. Jika dilebihkan dose nanti membawa risiko lain pula kecuali kes lupa sahaja.

Ituah konsep Perancang Keluarga yang mudah untuk difahami. Tidak ada bahan kimia dalam membuat perlindungan perangcang keluarga cuma terdapat ramuan rempah2 dan herba tertentu sudah memadai.

Tuesday, July 20, 2010

Maajun Anggun Bistari(MAB) - Kesan & Khasiat

Sebagai makluman, MAB ini bukanlah hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman/fizikal wanita.Di bawah diterangkan sedikit secara ringkas lain-lain kegunaan MAB seperti mana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna (multi-purpose). Antaranya adalah seperti berikut:

Melambatkan Menopause

Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopause di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan. Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita menopause terlalu awal. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumah tangga. Hubungan seksual suami-isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.

MAB Untuk Ikhtiar Mendapatkan Anak

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period yang tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (fallopia) menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur). Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan kembali darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak (berwarna keputihan) supaya proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan dengan ovum/telur terjadi lebih cepat. Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan pengambilan MAB.

Sesuai Bagi Perempuan Berumur/Warga Emas

MAB bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada perempuan-perempuan berumur 50-an ke atas. Antara khasiat-khasiatnya yang boleh diperolehi seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas kaki/tangan dan sebagainya.

MAB mmg mbantu mrawat dalaman kita spt bersihkan darah kotor spt period atau nifas yg x keluar dgn lancar ms kita pantang atau gugur begitu jg period yg x lancar ia kan lancarkan.

Bila MAB Bertindak Balas?

Ia bgantung pada body masing ada yg 1 pertama period dah jadi kelam kabut spt keluar dgn banyak/sikit atau dlm tempoh yg panjang jg keluar dgn jumlah yg byk spt berketul2.Ramai jg yg dtg 2 kali sebulan.Warna darah kotor ni jg keluar dlm pelbagai color spt hitam,coklat atau x merah terang.

Proses tindak bls ni jg bgantung pd body masing ada hanya 2 bln, 3 bln ada sehingga 6 bln dan ada yg lebih.

Kesan/Khasiat MAB Selepas Tindak Balas ?

1.Badan menjadi ringan, dpt bergerak aktif.Lebih bertenaga dan mudah menyelasaikan kerja2.

2.Kulit muka menjadi cantik, licin,halus, gebu dan cerah.tiada lg jerawat atau jeragat/pigmentasi.

3.Badan menjadi kurus,kesan dr singkiran lemak,angin atau toksid brsama proses tindak bls tadi.

4.Perut menjadi kembis dan tidak mengebeh selepas singkiran toksid.

5.Hasil dr tindak balas ini jg membantu mengembalikan kelangsingan berat badan yg ideal.Amat di galakan utk ibu2 yg bersalin anak pertama.Proses kelangsingan lg cepat berlaku.

6.Memejal dan menegangkan payudara, kandungan herba dr MAB dpt membantu mengembalikan payudara idaman semua.Kepada sesetengah ada yg mengalami rasa tindak balas spt sakit/dengut2 pada payudara.

7.Bertenaga, diakui semua yg telah mencuba MAB mmg bertenaga spt dpt berjaga lebih lewat dr mlm2 sebelum mengambil MAB.Malah dapat memberi tenaga yg lebih dlam mengurus kerja2 rumah selepas penat bekerja.

8.Tidak mengantuk di siang hari walau pun kurang tidur di mlmnya.Cth: ramai ibu2 yg menyusu baby terpaksa bangun berkali-kali malamnya utk menyusu baby.

9.Kandungan MAB dapat melancarkan pengaliran susu ibu dgn banyak.Malah tiada efek kpd baby, perlu minum air yg banyak setiap hari.

10.Yang istimewanya rumusan kandungan MAB meningkatkan SEKS, malah rasa yakin dan gembira lagi sebab ia jg berfungsi sebagai family planning.Tiada rasa risau selapas bersama dan tak perlu melakukan senaman lagi selepas itu.

11.Merapat dan mengetatkan rahim - Ini di akui oleh semua yg telah mengamalkan MAB.Tak ada sesiapa pun yg x mendpt pujian dr suami selepas makan MAB.Ramai yg terpaksa tambah bajet bulanan utk membeli shampoo lebih..........malah dpt menyelamatkan rumahtangga yg hampir musnah selepas terkena 'panahan' MAB.


Siapa Yang Boleh Makan MAB?

Semua golongan wanita yg berumur 18 thn keatas. Sesiapa yang berumur 18 thn ke atas telah berkawin atau belum,janda/balu jg telah monopouse memang di syorkan makan MAB. Kandungan MAB bukan sahaja utk family planning/cegah kehamilan malah dpt merawat kesihatan dalaman wanita.

Sunday, July 18, 2010

Maajun Anggun Bistari




Produk amalan tradisi keluarga utk dikongsi kpd puan-puan khas utk yang telah berkahwin mahupun anak dara. MAB khusus bagi semua golongan wanita yg ingin merancang keluarga scr semulajadi tradisional utk merawat dan menjaga kesihatan, menaikkan seri dalaman dan luaran.Inilah RAHSIA kekal ANGGUN BISTARI

Telah diamalkan sebagai tradisi keluarga sejak 25 tahun dulu. Dahulu ianya dijual hanya dari rumah ke rumah sahaja. Tidak dijual dimana-mana kedai ubat atau farmasi.

Bagi yang kurang selesa family planning dengan kaedah moden adalah dipelawa untuk mencuba kaedah tradisi ini dan setelah mendapat kejayaan & keyakinan boleh membuat perbandingan dengan kaedah moden.

Khasiat Maajun ini adalah spt di bawah mengikut keutamaan:

1. Family planning/menjarak kehamilan/merancang keluarga.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Menormal & teraturkan period setiap bulan.
7. Mencantik & menegangkan payu dara.
8. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
10. Menambah tenaga sepanjang hari.
11. Mengawal kolestrol dalam darah.
12. Menurun & mengawal berat badan.

13. Awet muda.

sesiapa yang berminat atau ingin bertanya boleh hubungi sy di no tel :017-6054413 atay emel/ym masrizal11@yahoo.com

Saturday, July 17, 2010

Krim Pemutih SP


Label: cream pemutih wajah, cream sp, special uv whitening, meratakan warna kulit


Pemutih Wajah Special UV Whitening!!! TERLARIS
Mengapa krim ini kita dikatakan terlaris??
kerana selain produknya memang bagus, hanya dengan memperkenalkan pada rakan-rakan barang ini sudah laku terjual. Saya belum menjualnya secara online.. Dan kini saya menghadirkannya i untuk anda yang ingin mempunyai wajah putih cantik berseri dan tegang.


Cream Pemutih Special UV Whitening ( SP ) ini sangat berkesan, dapat mengatasi berbagai masalah kulit, diantaranya:

- memutihkan kulit dalam waktu 5-7 hari
- mencerahkan kulit yang kusam
- meratakan warna kulit yang tidak rata
- menghilangkan noda-noda hitam karena bekas jerawat
- menghilangkan flek hitam di wajah akibat penuaan
- menghilangkan jerawat
- mengecilkan pori-pori yang kasar
- meremajakan dan menganjalkan kulit
- memutihkan warna kulit yang menghitam akibat setelah sinar UV
- menghaluskan dan memutihkan warna kulit hanya dalam waktu 7 hari

NON MERCURY DAN HYDROQUINONE

Saturday, July 10, 2010

27th bertambah lagi


Yuhuuuuu..today is 11July 2010..i'm turns 27th. Alhamdulillah bertambah lagi usia aku. Syukur ke hadarat Ilahi ats apa yg telah diberikan selama ni. Di usia 27th ini jg bermulanya kehidupan baru aku bergelar seorang isteri kepada seorg lelaki yg aku sgt cinta. Semoga hidup baru ini memberi aku sinar yg baru. Terima kasih kepada yg wish bday kat aku..Thanks juga kepada hubby yg disayangi hubby wish kat aku " hrp2 cpt2 dpt baby yer syg". thanks abg, hrpn kita sm..semoga Allah makbulkan impian kita tu. Aminn. Hadiah plak..rs nye thn ni xder hadiah kot.uhuk..tggu hadia dr hubby..katanye surprise..x boleh bgtau. Aku request nak gelang kaki.hurmm..agak2 dpt tak???hubby ckp aku ni nak hadiah request2 plak..mana aci mcm tu..So, aku tggu jelaa apa hadiah yg dia nak kasi kat aku..Excited.:)

Friday, July 9, 2010

A new Life


Update..

Berakhirnya kehidupanku bujangku..dan kini aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yg sgt aku cinta dan syg.Semoga ikatan kami dirahmati oleh Yang Maha Esa. Semoga kami dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..Amin..Terima kasih Tuhan ats kurniaan yg Engkau telah berikan kepada aku

Akulah miliknya untuk selamanya

Gambar di hari bahagiaku










Friday, May 21, 2010

Hebatnya Ujian

Kemana sahaja kita pergi, pasti ada yg tidak berpuas hati pd kita.Aku sgt sedih..memikirkan masyarakat ditempat kerja aku..Aktivit mereka mengumpat, menagata org je..Ada saja pd mata mereka yang tak kena. Sesungguhnya kita hanya insan kerdil yg lemah disisi Allah swt. Manusia tak kan pernah lari dr melakukan kesilapan. Manusia tak kan pernah menjadi yg terbaik. INgatlah wahai manusia sekeliling..Dunia ini hanya pinjaman. Usah menunding JAri pada org lain..cerminlah diri sendiri..Muhasabahkanlah diri sendiri...mengata..mengumpat bukan itu cara nya. Sesunggunya mengumpat itu lebih berdosa dari berzina..malah ia lebih keji dari berzina..INgatlah!!

Tuesday, April 20, 2010

excited

baru balik dr cuti..menyelesaikan segala urusan utk big day..Alhamdulillah..semuanya berjalan dgn baik..tggu je for june..excited btl..:)

Sunday, April 4, 2010

Sedar akan kebesaran Tuhan Yang Esa

Update..dgn rasa yg sgt pilu. :( malaysia di kejutkan dgn berita kepergian Allahyarham Meor Ahmad Fuad @ Din Beramboi..sgt terkejut bila dgr berita kepergian beliau.Ya Allah..mengapa begitu cpt dia ke sana..Namun, itulah kebesaran Allah..bila2 masa dia boleh menjemput setiap hambanya..Aku sgt pilu bila melihat lawak2 Din Beramboi dlm utube..sedih sgt. x pernah aku rs sedih begini bila dgr kematian artis2..Tp kali ni..lain plak rasanya.
Walau bagaimanapun, doaku semoga dia tenang disana..di tempatkan dikalangan org2 yg beriman. Semoga ahli keluarga dia tabah..terutama isteri beliau..moga tabah menghadapi segala ujian dr Allah swt.Andai aku berada ditempat isterinya..Pasti aku akan rebah..bagaimana utk aku lalui hidup tnpa suami disisi..Tetapi, ujian yg dtg..pasti ada hikmahnya..
Ya Allah..sesungguhnya kuasaMu amat besar..Kau panjangkanlah usia org2 yang aku sayangi..supaya aku bisa bersama dgn dia sehidup semati..Hanya dari Engkau kami dtg..Kepada Engkau kami kembali..Subhanallah..Besar dan Agungnya kuasaMu Ya Allah..

Wednesday, March 17, 2010

Menanti lagi


hidup yang sgt2 mencabar..oh Tuhan..tlglah aku..namun begitu, aku menanti dengan penuh rs sabar.semoga segalanya berjalan dgn lancar.berikanlah kedamaian pada kami ya Allah..lancarkan perjalanan hidup kami..hanya kepada engkau aku meminta..hanya kepada engkau aku berserah..kabulkanlah permintaan hambamu ini..Aminn

Thursday, January 21, 2010

Hanya Kepada Dia


Disaat aku perlukakan perlindungan,

Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tangan Nya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah, Dia lah pelindungku.


Bila aku bersedih hati,
Tapi tiada yang ingin menjadi pendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Mungkin aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia pasti mendengarkan Dia lah pendengarku.


Dan aku tak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatian Nya,
Tak kira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.


Bila aku perlukan semangat,
Tapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
lalu aku rujuk kalam Nya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.


Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janji Nya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurgawi,
Tak akan aku temui bahagia sebegitu di dunia,
Lalu aku redakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.


Lantas syurgawi Nya itu yang aku dambakan,
Kerana di sana semuanya indah,
Biarlah kiranya bahgia dunia tidak termiliki,
Biar bersakit-sakit dahulu,
Semoga akan bersenang kemudian,
Miliki kebahgiaan yang sebenar.

Buat lelaki yang bakal memiliki cinta ini


Buatmu lelaki, Yang satu masa nanti bakal aku cintai, Maaafkan aku seandai cintaku untukmu, Tidak sebesar yang kau harapkan, Tidak sehebat yang kau impikan. Kerana duhai lelaki yang bakal miliki diriku, Mungkin cintaku takkan pernah sepenuhnya buatmu, Cintaku mungkin takkan pernah buatku gila, Menangisimu bila rindu berjauhan Masih mahukah kau memilikiku? Duhai lelaki yang bakal kucintai, Lelaki yang bergelar suamiku kelak, Kerana segalanya tentang diriku, Sudah dimiliki terlebih dahulu oleh-Nya, Hanya Dialah 'Cinta sejati'. Kerana Cinta sejati itulah kau & aku bernafas, Kerana Dia Yang telah menciptakan aku, Lalu dengan kehendak-Nya aku bertemu denganmu pasangan hidupku, Dia yang tumbuhkan cinta dihati kecil kita, Maka Dilah yang lebih layak untuk dicinta sepenuhnya. Namun lelaki yang bakal bergelar suamiku, Usah gelisah mendengarkan sebuah pengakuan ini, Kerana di dunia ini, cinta dihati ini hanya milik seorang adam, Tidak akan ada duanya adam yang akan memilikinya, Dan satu-satunya adam pemilik cintaku itu dikaulah orangnya, Jadi duhai lelaki yang bakal kucintai, Maafkanlah seandai ini kekurangan dimatamu, Derhakakah aku sebagai seorang isteri nanti, Jika aku mendahulukan cinta kepada-Nya? Kuharap kau akan mengerti. siapa adam pemilik cintaku itu, cuma Allah yang tahu kerana aku sendiri tidak tahu siapa.

Friday, January 15, 2010

Jantung berdetik

~ dup dap dup dap~
debaran yang kunjung tiba..x sbr dan gementar. X sabar menantikan hari bahagia..Si dia jd milik aku..byk yg telah di lalui..gelak tawa..gembira.sedih..bergaduh dh jd rutin kami..Tapi segalanya di tempuhi dengan sabar..Aku sbr melayan karenah si dia..yg makin hari makin sensitip..emo x menentu..:) (jgn mrh yer syg bucuk)Tapi itu dh jd lumrah..org nak kawen..mmg emosi x menentu..btl2 kene jg hati dia. Tak mengapalah..aku berjanji akan buat yg terbaik utk dia.hari ini..esok..insyaallah utk selamanya. Semoga segalanya berjalan dengan lancar~~

Daisypath Wedding tickers

Saturday, January 9, 2010

Diet Yang Seimbang

1. Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

2. Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

3. Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

4. Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

5. Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

6. Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

7. Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

8. Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau... Sesekali Tidak Mengapa

Thursday, January 7, 2010

terbeban..uhukk

emm..dh lm rasanya meninggalkan blog ni.tatau nak citer ape..so far..aku sgt sibuk dgn kehidupan baru..pada tahun baru ini..well, its my reality. Aku x kisah..itulah kenyataan hidup yg mesti aku lalui.Kerja- kerja pejabat yg x pernah habis.Kadang- kadang aku rasa tertekan.Tak nak teruskan hidup mcm ni.huhu..tp tu kata2 org yg cpt putus asa..Namun, aku perlu bgn utk meneruskan segalanya..demi masa yg akan datang.
Disamping kesibukan..byk jg hal2 lain yg perlu aku fikirkan..Iaitu..hari bahagiaku nnt..Doa aku..semoga aku n tunang di panjangkan jodoh.sampai ke jinjang pelamin..Lebih krg 4 bulan dari sekarang menjelang hari perkahwinan ku..Semoga Allah merestui hubungan yg telah lama terbina..
ermm..stop dl..~~~