Thursday, July 22, 2010

Cara Pengambilan MAB




Aturan Makan MAB:

1. Mula makan botol pertama pada hari ke 3, 4 atau 5 period.

2. Makan 1 biji sahaja sekali/sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya, tanpa menunggu period.
  • Kes makan malam. Jika habis makan malam Ahad, sambung botol kedua pada malam Ahad depan.
  • Kes makan pagi. Jika habis makan pagi Ahad, sambung botol kedua pada pagi Ahad depan.
3. Bagi yang tidak didatangi darah haid, boleh terus mula makan botol pertama tanpa menunggu period.

4. Bagi yang lepas pantang, mula makan botol pertama pada hari ke 44 selepas bersalin

5. Bagi yang ambil pil perancang, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh dimakan bersama pil.

6. Bagi yang merancang menggunakan IUD:
  • Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
  • Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.
7. Bagi yang merancang mengguna injection:
  • Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3, 4, atau 5.
  • Bagi yang tidak period dapat MAB dan terus mula makan.
8. Kes lupa makan:
  • Sekiranya terlupa dinasihatkan agar makan waktu awal pagi 1 biji kemudian pada malam hari pula makan 1 biji sahaja.
  • PERINGATAN : Jangan makan 2 biji sekali kerana maajun ini adalah perubatan tradisional jadi takut akan memanaskan badan dengan berlebihan sekiranya mengambil lebih dari 1 biji.
9. Dalam kes untuk mendapatkan anak, MAB perlu diambil selama 6 bulan (6 botol).
  • 3 bulan pertama MAB akan bertindak untuk merawat.
  • 3 bulan yang kedua MAB akan bertindak untuk menyubur.
  • Setelah 6 bulan, period mula teratur dan boleh berhenti mengambil MAB.
  • Jika selama 6 bulan, period masih tidak teratur, teruskan mengambil MAB sehingga period teratur.
10.Bagi gadis yang belum berkahwin:-
  • merawat segala masalah keputihan yang berlebihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan
    merawat masalah segugut yang teruk
  • melancarkan peredaran haid setiap bulan
  • mencantikkan kulit
cara pengambilannya adalah seperti berikut:
semasa terjadinya masalah keputihan perlu lah dimakan maajun ini selama 4-5 hari atau sehingga
keputihan hilang sahaja. Selepas itu sambung makan di bulan hadapan pula
Peringatan

Untuk yang mengambil MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam. Bagi kes yang lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.Jika sedang makan MAB didatangi period, tidak perlu berhenti, terus sambung makan sehingga habis 21 biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya.Jika anda mematuhi aturan makan MAB insyaalah dapat membantu sebagai kaedah merancang keluarga anda.

1. Bagaimanakah Cara Pengiraan Rehat 7 Hari?

Berikut adalah cara pengiraan rehat 7 hari ditentukan:
Andaikan habis makan 11 malam, Ahad….Mula rehat seperti dibawah;
11 mlm Ahad- 11 mlm isnin(24jam) – rehat 1 hari
11mlm Isnin- 11 mlm Selasa (24jam) – rehat 2 hari
11mlm Selasa – 11 mlm Rabu (24jam) – rehat 3 hari
11mlm Rabu – 11 mlm Khamis(24jam) – rehat 4 hari
11mlm Khamis – 11 mlm Jumaat(24jam) – rehat 5 hari
11mlm Jumaat – 11 mlm Sabtu (24jam) – rehat 6 hari
11mlm Sabtu – 11 mlm Ahad(24jam) ahad -rehat 7 hari
Perlu sambung makan semula hari Ahad pukul 11.01 mlm .

*Jadi tempoh rehat adalah 7 hari seperti contoh kiraan diatas.

Cara untuk sambung botol seterus untuk mudah faham seperti dibawah:

Berhenti Ahad sambung semula Ahad
Berhenti Isnin sambung semula Isnin
Berhenti Selasa sambung semula Selasa
Berhenti Rabu sambung semula Rabu
Berhenti Khamis sambung semula Khamis
Berhenti Jumaat sambung semula Jumaat
Berhenti Sabtu sambung semula Sabtu

No comments: