Thursday, July 22, 2010

info tentang MAB lagi

Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?

Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?

Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?

Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Betul ke MAB boleh menguruskan badan?

Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya. Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini. Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda. MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat badan saya akan bertambah?”

Dalam kes di atas, ini adalah testimoni saya sendiri sebagai pengguna MAB yang sudah menjangkau usia 2tahun pengambilan. Saya mula makan sejak baby saya berusia sebulan lebih (lepas pantang dalam hr ke 46). Alhamdulillah sepanjang saya ambi MAB ni tiada masalah kekurangan susu malah susu saya semakin banyak, pekat dan bayi saya tiada masalah perkumuhan. Alhamdulillah. Permulaan makan MAB ni saya akui selera makan mmg bertambah. Namun di sini saya ingin tegaskan bahawa kita sendiri perlu kawal selera makan kita. Insya Allah jika demikian berat insya Allah akan maintain.Semua yang terjadi itu adalah simptom sementara MAB terhadap tubuh badan. Bagi ibu2 yang lepas bersalin saya amat2 syorkan makan MAB ni. Dengan izin-NYA insya Allah...Mencegah lebih baik dari merawat. Herba sangat baik untuk kesihatan jika betul makan ikut aturannya....so apalagi wanita di luar sana...Marilah menggunakan produk herba tradisional ini untuk kesihatan dalama dan luaran anda.


Info tambahan

MAB boleh berfungsi sebagai satu ikhtiar untuk hamil/mendapatkan zuriat????

MAB boleh bertindak untuk menjarakkan kehamilan(family planning????

Ramai yang terkeliru dengan fungsi MAB ini. Tidak kurang juga yang memandang sinis dan kritikan . Namun begitu, MAB sudah membuktikannya. Alhamdulillah, kita berikhtiar, DIA yang menentukan.

Apa yang membezakan antara 2 matlamat di atas ialah CARA MAKAN MAB

1) Jika anda mengambil MAB sebagai ikhtiar untuk hamil, maka hendaklah berhenti mengambil MAB setelah period benar-benar teratur. Ini kerana, jika period kita teratur ia memberi petunjuk bahawa rahim kita adalah sihat dan sudah bersedia untuk hamil.

2) Jika anda mengambil MAB untuk menjarakkan kehamilan, teruskan pengambilan MAB sehingga anda betul-betul bersedia untuk menimang cahaya mata. Selagi anda mengamalkan MAB, insyaAllah anda selamat.

Semoga penjelasan saya dapat difahami dengan jelas. Terima kasih atas sokongan anda….. Jangan segan silu untuk mendapatkan penjelasan dari saya, sekiranya anda masih ragu-ragu.

Tindak Balas MAB ke atas tubuh

Tindak balas di awal pengambilan MAB ini adalah ia bergantung kepada ketahanan badan individu seseorang itu seperti:
  1. Haid mungkin menjadi banyak dan berwarna hitam. Ada juga haid datang 2 kali dalam masa sebulan. Janganlah khuatir kerana ini adalah di sebabkan oleh proses penyikiran darah kotor dan toksin yang berlebihan di dalam badan dengan pengeluran haid yang banyak, proses ini tidak mengambil tempoh masa yang lama cuma 2 hingga 4 bulan sahaja bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang itu
  2. Sesetengah orang juga mengalami sakit pingang. Ini disebabkan oleh pengeluaran haid yang banyak. Tidak perlu merasa khuatir terusakan pemakanan maajun ini insyallah kesakitan ini tidak akan berlanjutan kerana selepas habis proses penyikiran bahan toksin di dalam badan, badan anda akan menjadi sihat, ringan dan bertenaga.
  3. Kekerapan membuang air besar dan keluar angin. (membuang toksin dan angin dalam badan).
  4. Tidak lalu makan dan cepat kenyang. (memecahkan lemak yang sedia ada)
  5. Selera makan bertambah terutama bagi ibu menyusu.(tidak perlu risau kerana ia tidak lama dan akan kembali normal setelah MAB serasi dengan badan)
  6. Sesetengah individu mungkin akan mengalami keadaan di mana dia rasa mengantuk, keletihan, lenguh2 anggota badan, pening ataupun sakit kepala, demam dan lanin-lain.

PERINGATAN:
  1. Adalah dinasihatkan supaya menghabiskan pemakanan 1 botol maajun ini walau apa pun yang terjadi untuk mendapat kesan yang di ingini.
  2. Sekiranya badan terasa panas perlulah meminum lebih air dan mandi dengan lebih untuk mengurangkan kepanasan badan.

Maajun ini terdapat 21 biji didalam 1 botol dan diambil selama 21 hari sahaja!


Perlu difahami bahawa tindak balas adalah berbeza bagi setiap pengguna mengikut tahap kesihatan dan keperluan badan masing-masing. Tindak balas ini akan hilang apabila MAB setelah serasi dengan badan anda.

==================================

Bagaimanakah MAB bertindak sebagai perancang keluarga yang berkesan?

Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning:-

a) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu pada tahap ini akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain peluang untuk mengandung/hamil/pregnent adalah zero.

b) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi pula, benih yg dilepaskan semasa bersama cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

c) Jadi selari dengan maklumat diatas sebab itu lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa itu ia tidak berupaya utk bersatu dengan pasangannya maka lepas tempoh 24 jam ia pun akan mati sendiri dan pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan dikeluarkan melalui darah haid. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya bersatu maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin)…. so akan menyebabkan kehamilan.

Oleh yang demikian, inilah fungsi MAB iaitu wajib/disiplin makan ikut aturan dengan tempoh masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif dan dalam zon yang selesa berkemungkinan ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka akan hamillah bagi orang yang makan secara main-main,lupa dan tidak berdisplin.

d) Mangikut kajian juga semasa bersama ada berjuta2 benih dilepaskan. Benih lelaki/perempuan akan berenang dan akan berjumpa di rahim. Hanya satu dari jutaan benih yang betul2 aktif yg menang akan ke rahim untuk membuat persenyawaan. Tapi bila sampai ia tidak berupaya bersatu kerana didapati suhu kat situ tidak sesuai untuknya. Tunggu punya tunggu tempat pun sudah melebihi 24 jam kecewa akhirnya habislah perjanjian hayatnya pun luput.

e) So satu biji itulah dose yang betul untuk membuat suhu yang tepat. Jika dilebihkan dose nanti membawa risiko lain pula kecuali kes lupa sahaja.

Ituah konsep Perancang Keluarga yang mudah untuk difahami. Tidak ada bahan kimia dalam membuat perlindungan perangcang keluarga cuma terdapat ramuan rempah2 dan herba tertentu sudah memadai.

No comments: