Sunday, March 15, 2015

BERCUTI DI HATYAI DAY 1

DAY 1
11.03.2015
~ Seawal jam 1.30 pagi menaiki keretapi di Batu Gajah. Ramai yang tak tahu sebenarnya senang nak ke hatyai dengan hanya menaiki keretapi di batu gajah. Even perjalanan agak lama tapi kalau ambik coach katil tak terasa sangat lama tu.Sebab boleh tidur dengan selesa sekali. tambang keretapi katil hanya rm46 sehala. so, rm92 sahaja pergi balik. jimat kan??? Untuk pengetahuan u olls, ini merupakan trip aku yang ke 2. sebelum ni dah pernah pergi. kali ni bw kawan aku safa n aida. diorg nak pergi sangat. so aku apa lagi..plan smua utk trip kami.


~jam 9 pagi keretapi berhenti di stesen KTMB padang besar. kami di arahkan turun ke stesen untuk cop pasport atau border pass. selepas itu tunggu train untuk bergerak semula ke Hatyai. dalam jam 11 mcm tu train jalan semula. perjalanan dari padang besar ke Hatyai memakan masa selama 50minit. 

sementara tunggu kami selfie dulu..


~jam 12.00 tghr kami sampai di stesen keretapi HATYAI.. horeyyyy... gembira sangat. akhirnya smpai...
kami ambik tuk tuk terus ke hotel. Sebelum ni aku dah tempah hotel dengan AGODA. aku pilih Hatyai Palace Hotel bila baca review hotel ni bagus dan murah..selama 4 hari 3 malam hanya rm398, so kami share bertiga, jadi murah lah..jimat dan berbaloi. Sampai di hotel kami terus check in dan berehat kat hotel dulu.

ini belanja dulu pic ala2 pengntin baru nak honeymoon...


~ jam 3 petang kami keluar jalan-jalan, ambik tuk tuk dengan tambang 20bhat (rm2) . Kami ke Hamid restoran untuk lunch dulu..lepas makan, kami ke Magic Eye 3D Muzium. niat di hati nak masuk tengok 3d art. tapi bila masuk tengok bayaran masuk 400bhat seorang terus terkesima... mahal weh!! boleh makan utk 2 hari tu.. so kami bergambar depan  muzium 3d dah la.. nah belanja 1 pic


Kami tak masuk 3d muzium. tapi depan muzium 3d ni ada night market..best juga night market ni... so kami tunggu sehingga jam 4pm kedai2 bukak.. so kami cuci mata cni dulu..




No comments: