Monday, April 20, 2015

GONEL F

salam...lama menyepi..sejak balik hatyai bz dgn keje pejabat. semua nak kene cepat siap. awal tahun mmg tak menang tangan.

okey...lets story...
last day period, kali ni doc dah tak bagi clomid.. sebabnya clomid even 200mg pun takde respond pada telur2 ku. emmm,,, sbnr nya sedih.. Aku bukan jenis tunjuk sedih kat org.. even sedih pun x pernah nak menangis walau depan suami. aku akan mennagis dalam tidur..sebelum tidur atau di tikar sejadah sahaja.. tapi.. dengan mak mmg aku suka nangis depan dia..sbb bila dengan mak aku rasa sangat lega.. ketenangan tu tak dapat di cari di mana2. Dengan suami pun aku takkan rasa selega ini.

bila 1st day period..aku terus ke hospital..masa tu agak cuak juga. sebab period hari jumaat. doc dh bgtau kalau period terus dtg..pada hari kedua. so..hari ke2 aku akan jatuh pd hari sabtu.. OMG!! sabtu mana ada doc kat o&G tu.. so aku wasap doc tham..dia ckp dia ada petang jumaat tu.. So, aku pegi segera petang tu ambik ubat. kali ni doctor bagi gonel F. ubat ni bentuk mcm pen. di inject di bahagian perut di bawah pusat.  tapi jgn takut..jarum nya kecik je..rasa ketagih nak cucuk plak dah.. aku inject sendiri.. sebelum tu nurse ajar camne nak guna gonel f.. siapa2 yg tak tau pasal gonel f ni sila menggunakan encik goggle ye.. aku ceritakan sikit. gonel f ni fungsi lbh kurang clomid.. cuma dia dlm bentuk injection. dan dos dia agak besar. sebatang pen tu berharga dlm rm500..aku dpt 2 batang pen..so rm1000..tapi sebab di hosp kerajaan..aku dpt free je.. =)

bermula la aktiviti menginject setiap hari jam 10 pagi kene inject. d1-d12 kene inject dos 50iu. bila scan telur hari ke 7..telur 6.2mm paling besar.. then doc suh datang balik.
d11 aku pegi lagi utk scan..telur aku dh mmbesar ..tapi ukuran tu x cukup lagi utk di senyawakan.. masih belum matang. aku hanya dapat 8.5mm yg paling besar. doc kata telur aku besar tapi slow sgt. hari ke 13 aku scan lagi. telur dh jadi 7mm.. doktor terus suh g hosp ipoh tmbh dos lagi. naik kepada 75iu. tp malangnya d15 telur aku x mmbesar pun dh makin kecik. sedihhh yang sangat.
so..d19 aku g jmpe doc tham lagi.. dia sndiri buat TVS pada aku. dia ckp aku PCOS..itu je.lepas tu kami bincang. apa yang patut aku dan dia buat.. dia syorkan aku buat IVF..sbb aku mungkin berisiko keguguran dan mengalami kandungan berulang..

haiihh..aku setuju buat IVF..doc suh aku rehat dl bulan ni.. bulan 5 nnt datang balik.. so aku redha.. tp mmg dlm hati aku..sering berkata2 nak bua ivf..cepat dpt bby..sbb buat iui..aku x tau camne nak besarkan telur aku ni..

sedihhh..balik rumah tu aku baring..sambil tu airmata keluar tanpa kusedari... tuhan je yg tau..

sambung next page plak..cerita pasal IVF

No comments: